Tuesday 4 June 2013

LATIHAN PANTUN


Latihan pantun bersama dengan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SMK Sg Besar ; Pn. Sarina 


Latihan pantun untuk ke peringkat negeri bersama Tuan Haji Isnaini, mantan GPK Kokurikulum SKSHD yang kini bertugas di SK Seri Utama. 

Wednesday 29 May 2013

PEMANTAPAN TATABAHASA


Tatabahasa perlu dimantapkan bermula dari sekolah rendah lagi. 30 Mei 2013 di SAM Muhammadiah , Sabak Bernam.

Program Menggapai "5A" dalam UPSR 2013 Zon 2 Peringkat Daerah Sabak Bernam Pada 29 Mei 2013 di SMK Sungai Besar


Wahai anak didikku, semoga usaha kalian diberkati Allah, didoakan semoga semua peserta menggenggam 5A dalam UPSR tahun ini !

Tuesday 28 May 2013

PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS BAKAT TUNAS MUDA PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI DE PALMA INN, KUALA SELANGOR

Penyampaian sijil ini di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani.
Tahniah diucapkan kepada Fatin Elisa bt Nasimusobah.
Semoga anda terus berbakat dalam mencipta cerpen, puisi dan lain-lain...

Monday 27 May 2013

KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Naib Johan Buku Informasi dan Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu bertempat di Kompleks Rakan Muda Sementa, Kelang. 


Thursday 23 May 2013

BERUSAHALAH DENGAN IKHLAS TANPA MEMIKIRKAN BALASAN SEMATA-MATA KERANA SEMAKIN TINGGI KEIKHLASAN DALAM DIRI, SEMAKIN TINGGILAH BALASAN BAIK  YANG AKAN DIPEROLEH DALAM KEADAAN SEDAR ATAU SEBALIKNYA
Kata kata hikamat ini saya peroleh daripada GPK Pentadbiran SKSHD Pn. Noraini
"JANGAN LIHAT APA YANG TELAH KAMU USAHAKAN, TAPI LIHATLAH APA YANG BELUM KAMU SELESAIKAN"

Wednesday 22 May 2013

Minggu Peperiksaan

Menilai sejauh mana pencapaian ilmu dalam P&P selama 5 bulan. Selamat menjawab wahai murid-muridku.


Monday 29 April 2013

Pasukan Pantun SKSHD JOHAN Peringkat Daerah Sabak Bernam

Pasukan Pantun SKSHD JOHAN Peringkat Daerah Sabak Bernam yang diadakan di SK Sapintas
29 April 2013

Sunday 28 April 2013

Mari kita berpantun

 GB pun turun padang beri semangat latih berpantun

Inilah pemantun-pemantunnya yg akan bertanding pada 29 April

Wednesday 24 April 2013

Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Sabak Bernam


24 April 2013

Nak hantar pertandingan bercerita Bahasa Melayu ke SK Seri Utama...  yang tengah dua orang itu pelapis sahaja :)

Monday 8 April 2013

Salam Bicara Buat Semua Pengunjung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.



Khas buat pensyarah KRT 3013 (Teknologi Maklumat), Dr. Modi bin Lakulu yang dihormati, semua rakan taulan kumpulan EL-B03 (A122PJJ) yang sentiasa di hati dan para pelawat yang berbudi pekerti.



Salam manis kepada para pengunjung blog pendidikan ini.
Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada semester 2 ini kita telah dapat bertemu kembali dalam kuliah yang baru sahaja berlalu. 



Diharapkan dengan adanya pembangunan blog pendidikan dalam subjek ini, kita dapat menguasai kemahiran asas pembinaan blog, menyusun reka bentuk blog yang sesuai untuk pengajaran, menggabungkan bahan-bahan pembelajaran dalam blog serta kemahiran integrasi blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Dalam Makmal  ICT Pentagon UPSI