NOTA


1.    Baca / fahamkan betul-betul kehendak soalan.

  Ayat  lengkap                                          kosa kata  bebas
  Ayat berdasarkan aktiviti                      Setiap ayat mesti ada kata kerja
2.    Bulatkan / tandakan dalam gambar yang mana ayat nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.

3.    Boleh  guna nama manusia atau gelaran.

4.    Langkau sebaris untuk memulakan nombor baharu.

5.    Tulisan anda adalah merupakan tulisan yang sekemas mungkin.
6.    Bina ayat berdasarkan bahan grafik sahaja, bukan menulis cerita.
7.    Bina ayat majmuk untuk capai aras cemerlang.
8.    Jangan lupa semak, tunjuk dengan jari semasa menyemak. Jika salah, apa lagi padam bersih-bersih tulis yang betul.
9.    Ingat... Jawab bahagian A tidak lebih 15 minit. Setkan masa. Jika mula pukul 8.00 tulis sebagai peringatan seperti ini : 8.00 – 8.15.

Bahagian B

1.    Baca dan fahami kehendak soalan. Adakah karangan biasa atau berformat.
2.    Jika anda memilih karangan berformat, pastikan anda benar-benar faham akan formatnya.
3.    Pilihlah soalan yang anda fikir banyak isi-isi atau idea-idea utama.
4.    Buatlah rangka karangan pada ruangan kosong berhampiran soalan ( 5 - 7 minit sahaja).
5.    Rangka karangan anda boleh berbentuk peta minda atau P, 1,2,3,4, P.
6.    Jangan lupa tulis nombor soalan pada ruangan yang disediakan.
7.    Mulakan dengan pendahuluan yang menarik atau menerangkan soalan.
8.    Tulislah karangan dengan mencurahkan idea-idea anda, tanpa ada kesilapan ejaan dan huraian serta gaya bahasa yang menarik.
9.    Biasakan buat 6 perenggan dengan setiap perenggan ada 3 ayat iaitu isi, huraian dan contoh.
10. Ingat, semua jenis karangan ada penutup yang sesuai dengan esei anda.
11. Semak jangan lupa tau.








Jenis karangan
Perkara Penting

Karangan Cerita
Mesti ada jalan cerita
TIDAK BOLEH –cerita tentang mimpi
                           Tidak logik/khayalan
Karangan Fakta
Mesti ada pendahuluan dan penutup
Juraian lengkap:Isi, huraian dan contoh.
Surat kiriman Rasmi
Format mesti betul
Surat Kiriman Tak Rasmi
Penggunaan bahasa surat mesti betul
Syarahan
Kata aluan  - terang maksud tajuk- huraian-kata sapaan –hujah (Isi-contoh – huraian )- penutup
Laporan
Tajuk-tujuan-aktiviti-harapan-tanda tangan pelapor, tarikh
Perbahasan
Fikir baik-baik untuk menentukan pencadang atau pembangkang.
Ucapan
Kata alu-aluan-tema ucapan-kata sapaan- penutup
Catatan harian
Tarikh,Hari,Masa- huraian mengikut urutan masa.
Dialog
Dailog yang baik ada 15 soalan dan 15 jawapan yang berkisar tentang tema perbualan.
Berita
Menulis berita, Tempat huruf besar, koma, tarikh, sempang (nyanyi lagu air pasang dalam) ada tajuk, isi : bila, di mana, siapa, apa, kenapa, bagaimana,


Bahagian C

1.    Fahami arahan soalan  nilai murni atau pengajaran.
2.    Baca petikan, fahamkan sambil menjelmakan nilai / pengajaran yang bertepatan dengan isi petikan. Buat catatan nilai / pengajaran.
3.    Tulis formula seperti berikut:
Lima   -           h          -           s
Sel      -           h          -           sb
Set      -           w         -           sm
Di        -           p          -           su
A         -           m         -           c
4.    JANGAN salin nilai dan tulis nilai yang sinonim .
5.    HURAIAN mesti mengikut isi petikan.
6.    JANGAN memberi huraian yang  UMUM.
7.    Nilai yang negatif dijelmakan kepada NILAI YANG POSITIF.
8.      Mulakan dengan “Lima nilai yang membentuk modal insan gemilang, kita haruslah … seperti … Selain itu, kita hendaklah … sebagaimana … Seterusnya kita wajarlah … sepertimana … Di samping itu, kita patutlah … seumpama … Akhir sekali kita mestilah … contohnya …”



KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA PADA LARAS PENGIKLANAN 
Menurut laman web http://klikweb.dbp.my di bawah tajuk “Gunalah Bahasa Melayu dengan Betul, Tepat dan Berkesan” oleh Siti Hajar Elah, kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang  digunakan pada  papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.
Menurut laman blog http://Rosiah70.blogspot.com dalam penulisannya di bawah tajuk “Isu dan Cabaran Bahasa Melayu”, beliau menyatakan bahawa dalam mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris, bahasa ibunda adalah antara yang menerima kesan yang mendalam. Antara isu dan cabaran dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu adalah penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris secara meluas pada papan tanda iklan. Tambahnya lagi, DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya, Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan , mereka berkuasa membetulkan sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena “pencapaian dan kecapaian” pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan, anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah.
Menurut Majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mei 2005 di bawah tajuk  “Jalan Rosak , Bahasa pun Rosak” oleh Nor Azimah Abd. Rashid, penulis menyatakan bahawa terdapat banyak kesalahan bahasa yang dapat dikesan sepanjang menyusuri jalan raya ataupun lebuh raya. Kesalahan bahasa yang lain pada papan tanda seperti tidak menjarakkan kata sendi nama di seperti “dihadapan” ataupun menjarakkan awalan di-… seperti “di baiki” memang lazim ditemukan. Beliau juga berpendapat bahawa aspek ejaan sewajarnya turut diberikan perhatian memandangkan banyak kesilapan yang dilakukan. Beliau turut menyatakan bahawa penulisan pada papan tanda sebenarnya bukan sahaja dapat memberikan makluman yang diperlukan tentang keadaan jalan raya, malah dapat mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa dengan betul. Oleh sebab jalan raya menjadi alat perhubungan yang terpenting, seyogianya hal ini tidak diremehkan.
Menurut Majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Ogos 2005 di bawah tajuk “Daulatkan Bahasa Kebangsaan Kita” oleh S. Nathesan, penulis menyatakan bahawa satu lagi hal dalam pendaulatan bahasa kebangsaan adalah penggunaan bahasa kebangsaan yang tidak betul atau tidak gramatis pada papan tanda yang dapat ditemukan sama ada di tepi jalan raya atau di bandar. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat banyak papan tanda yang memaparkan penggunaan bahasa yang tidak mematuhi aturan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah papan iklan yang menunjukkan dua jenis kesalahan iaitu ejaan perkataan “kelinik” dan hukum DM. Beliau juga berpendapat bahawa dalam dunia pengiklanan, nampaknya bahasa kebangsaan kita seperti dianaktirikan kerana kebanyakan pengiklanan masih berbangga untuk mengiklankan barangan mereka dalam bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris.
Menurut laman web www.hmetro.com.my di bawah tajuk “Memantapkan Penggunaan bahasa Melayu” oleh Jasni Majed, suatu masa dulu, negara kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis perniagaan mereka. Menurutnya lagi, negara kita juga pernah melancarkan operasi mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa pada papan tanda premis perniagaan, lebuh raya dan sebagainya serta mencadangkan agar ditukar kesalahan-kesalahan tersebut. Baginya, usaha ini dianggap positif kerana di samping mampu menaikkan imej bahasa kebangsaan, kita juga sebenarnya dapat mendidik orang ramai agar tidak memandang remeh terhadap bahasa kebangsaan.





Menurut laman web kms.mkm.edu.my di bawah tajuk “Pembulian Bahasa Melayu” oleh Mohd Za’aba Mohd Hanafiah, beliau menyatakan bahawa senario papan tanda iklan dan juga papan tanda premis perniagaan yang tidak mempamerkan bahasa Melayu yang betul dan menggunakan bahasa rojak  serta penggunaan bahasa asing sepenuhnya telah mencacatkan pemandangan di sekitar ibu negara sekali gus merosakkan keindahan bahasa kebangsaan. Menurutnya lagi, kebanyakan papan iklan yang dipajak di atas tanah di negara ini menggunakan bahasa rojak. Hal ini kadangkala adalah disengajakan oleh pembuat iklan sebagai usaha untuk menarik perhatian orang ramai terutama pengguna jalan raya. 

No comments:

Post a Comment