CERITA


PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012
TAHAP 2

TAJUK :  SELENDANG DELIMA

Endang bergema gemalai tari,
Puteri kesayangan raja budiman;
Selendang Delima nama diberi,
Mana yang baik jadikan teladan.


Tersebutlah kisah, pada zaman dahulu, terdapat sebuah negeri bernama Puri Warna. Ia diperintah oleh seorang raja bernama Raja Baharum. Raja Baharum seorang pemerintah yang gagah lagi perkasa. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Puteri itu diberi nama Selendang Delima.

Baginda sangat menyayangi akan puterinya. Lantaran itu, dia disediakan sebuah bilik yang sangat indah, cukup dengan segala kelengkapannya, sebagai tempat beradu. Semua kemahuan Selendang Delima dituruti oleh baginda raja. Namun begitu, Puteri Selendang Delima sangat taat dan hormat akan ayahandanya. Beliau tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kasih sayang yang diberikan.

Selendang Delima sangat terkenal kerana kecantikannya.

Pipi bak pauh dilayang.
Rambutnya ikal, mengurai mayang.
Hidungnya mancung, bak seludang.
Wajah berseri, bak bulan mengambang.
Siapa memandang pasti terkenang.
Malam termimpi, siang terbayang-bayang.

 Tetapi, Selendang Delima tidak pernah riak dan bongkak dengan segala keistimewaan yang ada padanya. Lantaran itulah, ramai anak pembesar negeri yang ingin memperisterikan Puteri Selendang Delima. Demikian juga dengan anak-anak raja di negeri-negeri berhampiran dengan negeri Puri Warna. Walaupun begitu, tidak ramai yang berani menghantar wakil untuk meminang kerana mereka sangat hormat akan pemerintahan Raja Baharum.

Setiap petang, Selendang Delima sentiasa bersiar-siar di taman larangannya. Taman itu disediakan oleh Raja Baharum khas untuk puteri baginda. Taman itu sangat indah dengan dipenuhi berbagai-bagai  jenis bunga. Terdapat juga binatang peliharaan seperti burung merpati, arnab dan juga kucing . Puteri amat menyayanginya.

Puteri Selendang Delima sering  ditemani oleh pengasuhnya bernama Mak Bunga. Mereka berdua saling sayang menyayangi.

Kawan-kawan nak tahu,

Pada suatu hari, dengan tidak disangka-sangka, Selendang Delima telah jatuh sakit. Raja Baharum berasa sangat sedih dan bimbang. Lalu, baginda segera memanggil Mamanda Sari menghadap. Mamanda Sari ialah seorang bendahara raja yang sangat patuh dan setia kepada sultannya. Lalu, Raja Baharum pun bertanyakan perihal siapakah yang boleh mengubati puterinya. Mamanda Sari memberitahu bahawa ramai juga dukun yang handal-handal di negeri Puri Warna.

Lantaran itu, sultan pun bertitah agar Mamanda Sari mencanangkan kepada rakyat  jelata, bahawa baginda memerlukan dukun untuk mengubati penyakit puteri baginda yang sedang gering. Sesiapa yang berjaya akan dianugerahkan darjah kebesaran.

Maka ramailah dukun yang tampil ke istana untuk mengubati Puteri Selendang Delima. Seorang demi seorang cuba mengubatinya. Namun, tidak ada seorang dukun pun yang berjaya.
Selendang Delima tetap terbaring, terbujur kaku. Wajahnya pucat, badannya lesu. Makan dan minum pun tak lalu. Raja Baharum bertambah bimbang dan terharu.

Melihatkan keadaan puterinya yang semakin gering, Mamanda Sari dipanggil menghadap raja, sekali lagi. Raja Baharum meluahkan rasa kebimbangannya melihat keadan puteri yang tidak juga sembuh-sembuh. Baginda amat risau akan keadaan itu.

Mamanda Sari pun mencadangkan agar Raja Baharum cuba mengubati puteri sekali lagi. Oleh itu, bagindapun mengarahkan menterinya itu mencari dukun lagi. Kali ini Mamanda Sari diperintahkan untuk menghebahkan berita bahawa Raja Baharum mencari sesiapa yang boleh mengubati penyakit anakanda baginda.

Kawan-kawan nak tahu, apa ganjarannya jika ada yang berjaya mengubati puteri baginda? Ya… sesiapa yang berjaya mengubati Selendang Delima, bakal menjadi menantu raja!

Namun, Mamanda Sari bimbang, takut-takut raja tidak dapat menunaikan janji baginda nanti. Tetapi, dengan penuh yakin Raja Baharum berjanji bahawa baginda akan menerima sesiapa sahaja yang dapat mengubati puterinya, walaupun orang itu hodoh atau miskin.

Maka, pada keesokannya, Mamanda Sari pun menghebahkan akan hasrat baginda Raja Baharum, ke seluruh pelusuk negeri. Hebohlah berita itu dalam kalangan anak-anak muda di negeri Puri Warna. Ramailah anak muda yang datang ingin mengubati Selendang Delima. Tidak kurang juga yang datang hanya ingin mengambil kesempatan untuk melihat kecantikan wajah puteri raja.

Pada suatu petang, datanglah seorang pemuda ke istana. Pemuda itu bernama Tumpang.  Tumpang tinggal di pinggir negeri Puri Warna. Tumpang telah menawarkan diri untuk mengubati Puteri Selendang Delima. Namun begitu, Mamanda Sari tidak yakin Tumpang boleh mengubati tuan puteri, apabila melihat keadaan diri Tumpang.

Wajah hodoh, compang-camping,
Hidup melarat, miskin sekali;
Selendang Delima tidaklah setanding,
Jika Tumpang menjadi suami.

Tetapi kawan-kawan, Tumpang sangat baik hati. Budi pekertinya amat  menyenangkan Raja Baharum. Oleh itu, baginda tidak peduli akan keadan diri Tumpang. Bagi baginda, Selendang Delima perlu segera diubati. Lantaran, baginda pun mengizinkan Tumpang melihat keadaan puterinya.

Setelah itu, Tumpang pun menghadap Raja Baharum dan berjanji akan mencuba untuk mengubati Selendang Delima. Beliau meminta semangkuk air. Dengan ilmu yang ada, Tumpang telah membaca doa dan mencelupkan sebentuk cincin permata delima ke dalam air tersebut.

Kemudian, Tumpang mengarahkan agar air itu diraupkan ke muka Puteri Selendang Delima. Beberapa titis air juga telah dititiskan ke bibir puteri.

Kawan-kawan, dengan izin Allah Selendang Delima terus kebah. Beliau membuka mata. Wajahnya berseri semula. Semua yang menyaksikan peristiwa itu amat terkejut dan gembira. Termasuklah baginda raja. Selendang Delima, pantas dipeluknya.  Namun, baginda tidak lupa akan janji yang telah diperkata  . Lantas baginda bertitah akan mengambil Tumpang sebagai menantu baginda.

Kawan-kawan, Tumpang seorang yang berani. Dengan beradab, beliau telah menegur akan sikap raja yang terlalu mengutamakan puteri baginda sehingga kebajikan rakyat jelata dilupa. Tumpang menceritakan keadaan hidupnya sekeluarga yang amat dhaif dan sengsara.

Raja Baharum sangat terkejut mendengarnya.

“Ramai lagi yang senasib dengan patik”, sembah Tumpang.
“Sepatutnya tuanku mengambil berat tentang kebajikan rakyat juga. Merekalah yang selalu mendoakan agar tuanku sentiasa selamat, sihat dan panjang umur”, ujar Tumpang lagi.

Raja Baharum terdiam. Baginda tidak pernah terfikirkan hal itu. Pernah suatu ketika dulu Mamanda Sari mencadangkan baginda menemui rakyat jelata dan bertanyakan permasalahan mereka. Tetapi, dek kerana terlalu sayangkan puterinya, baginda mengabaikan sahaja.

Setelah mendengar  rintihan dan luahan hati Tumpang, baginda menyesal dan insaf. Baginda juga berjanji dan bertekad akan mengambil berat akan kebajikan rakyat baginda.

Keesokan harinya, majlis perkahwinan Tumpang dengan Selendang Delima pun dilangsungkan. Alangkah terkejutnya sekalian yang hadir melihat akan perubahan pada diri Tumpang. Beliau telah berubah menjadi seorang jejaka yang sangat kacak dan tampan. Baginda raja amat menyayangi akan menantunya yang bijak dan berani itu.

Ya, kawan-kawan,

Kita hendaklah peka dengan  setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tunaikanlah ia dengan sempurna.

Tekun berusaha tanpa mengenal putus asa sikap yang patut diamalkan. Kelak berjaya itulah ganjaran.

Bercakap benar amalan terpuji, siapa tahu tuah menanti.

Janji mesti dikota. Amanat nabi mesti dilaksana. Allah reda hidup bahagia.

Kita  mesti merendah diri. Semua orang akan menghargai. Hidup berkat doa diiringi…


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Edit semula oleh ;
Puan Kamsiah bt Tumin & Puan Marsita bt Abdullah
SIRI BACAAN EKSENTIF BAHASA MELAYU
Ghazali Ngah Azia : JILID 1
Penerbit Prisma Sdn Bhd


24 April 2013
Nak hantar pertandingan bercerita Bahasa Melayu.. yang dua tengah tu pelapis sahaja.. 

1 comment:

  1. http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/hallo-sahabat-taipanqq-semua.html
    http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-menu.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete