INFORMASI ANTONIM
Antonim ialah perkataan berlawanan erti
LATIH TUBI TATABAHASA
Pilih
perkataan
berlawanan erti dengan perkataan
bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini.
1 Selepas Halim
berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang
2 “Maria
sering datang ke rumah saya,” kata Salmah.
A selalu
B kerap
C jarang-jarang
D kadangkala
3 Persembahan
budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian
4 Barang-barang
itu telah diambil oleh tuannya kelmarin.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima
5 Ceramah yang
disampaikannya agak hambar .
A elok
B lucu
C tepat
D menarik
6 Kerja-kerja
menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
berkuasa.
A diabaikan
B diteruskan
C ditundakan
D diselesaikan
7 Budak perempuan yang diculik itu telah dikurung di
sebuah rumah usang.
A dilepaskan
B dipenjara
C dibunuh
D diperap
8 Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai
sejak setahun yang lalu.
A tertangguh
B separuh
C selesa
D siap
9 Hasil tenunan
kain sutera itu sangat halus.
A keras
B kesat
C kasar
D ketat
10 Hubungan Fiza
dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu.
A akrab
B baik
C putus
D mesra
AYAT SAMA MAKSUD
Pilih
ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberi.
1 Syuhada menyelesaikan kerja yang
diberikan oleh Cikgu Aisyah dalam masa setengah jam sahaja.
A Dalam masa setengah jam, kerja yang
diberi oleh Cikgu Aisyah dapat
disiapkan
oleh Syuhada.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan
oleh Syuhada seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Aisyah.
C Semua kerja yang
diberikan oleh Cikgu Aisyah setengah jam yang
lepas telah disiapkan oleh Syuhada.
D Kerja yang
diberi oleh Cikgu Aisyah telah setengah jam yang lalu
disiapkan oleh Syuhada.
2 Sungai-sungai di negara ini semakin
tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga
kualiti alam sekitar.
A Manusia sentiasa
bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling
agar sentiasa
bersih.
B Manusia menjadi
sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C Sikap manusia
yang sering mengabaikan peranan terhadap alam
sekitar telah menyebabkan sungai-sungai
sentiasa tercemar.
D Sungai merupakan unsur alam yang paling
diabaikan oleh manusia
sekarang sehingga tercemar.
3 Idham menyatakan keinginannya
untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
A “Aku pasti akan
membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham.
B “Suatu hari, aku pasti akan memiliki
rumah itu,” kata Idham kepada
Azhar.
C “Aku berhajat
untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.
D “Rumah itu sudah
menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar.
4
“Mendermalah kepada
fakir miskin,” kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
A Ustaz Faizul
menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir
miskin.
B Ustaz Faizul
memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada
golongan
miskin.
C Ustaz Faizul
memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya
kepada fakir
miskin.
D Ustaz Faizul
meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada
fakir miskin.
5 “Ketupat
palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh,” kata
Aznita kepada Amira.
A Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat
palas dan rendang yang
dibuat oleh Nenek Tijah.
B Aznita dan Amira
diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah
membuat ketupat palas dan rendang tok
yang enak.
C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira
tentang keenakan ketupat
palas dan rendang tok yang dimasaknya.
D Aznita telah memberitahu Amira tentang
keenakan ketupat palas dan
rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.
6 Kawasan dusun
datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
A Pak Majid yang membersihkan kawasan
dusun datuk yang baru
terang itu.
B Kawasan dusun datuk yang baru
dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan
terang.
C Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan
bersih oleh Pak Majid.
D Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun
datuk yang bersih itu.
7
Pihak
Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk
murid-murid
tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.
A Satu program
khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah
dirangka
oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun
enam.
B Murid-murid
tahun enam merangka satu program khas untuk
Kementarian
Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.
C Satu program
untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki
peperiksaan
UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.
D Selepas
menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan
dan murid-murid tahun enam akan
merangka satu program khas.
8 Encik Faizul mengucapkan tahniah dan
selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat.
A Kata Encik
Muzamil, “Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat!”
B Kata Encik Faizul, “Tahniah Muzamil
kerana telah dinaikkan pangkat
dan selamat maju jaya.”
C Kata Encik
Faizul , “Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada
Muzamil
yang telah dinaikkan pangkat.”
D Kata Encik Faizul, “Muzamil telah
dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah
kepada
beliau.”
9 Kata Cikgu Siti kepada Ros, “Suruh Laila
berjumpa dengan saya di perpustakaan.”
A Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila
berjumpa dengannya di
perpustakaan.
B Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu
Siti di perpustakaan.
C Laila ingin berjumpa dengan Ros dan
Cikgu Siti di perpustakaan.
D Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu
Laila supaya berjumpa
dengannya di perpustakaan.
10 Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di
Mekah pada tahun ini, “ kata Hakim kepada Faizul.”
A Hakim dan Faizul
memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan
menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
B Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah
ibu saya akan menunaikan
haji di Mekah pada tahun itu.
C Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan
ibu saya akan
menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
D Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan
ibunya akan
menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.INFORMASI KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan
yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada
sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai,
takut, sihat, lemah, kasar, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga,
merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi,
rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit,
lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah,
rapat,
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira,
rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju,
lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan,
merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
ADJEKTIF
Isikan
tempat kosong dengan
kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Samad
digigit pacat, darah __________ meleleh
di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Pak Basri sedang mengasah sabit kelapa sawit
itu kerana sudah ________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
3 Hassan menjolok buah mangga itu dengan
menggunakan sebatang galah yang ________ .
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
4 Asam jawa selalu digunakan oleh nenek
untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
5 Penyanyi lagu 60-an yang mempunyai suara
_______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
6 Aminah yang
ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan
orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
7 Dahi abang kelihatan
______________ kerana terhantuk pada tiang gol di padang sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
8 Suasana jalan di Bandar Raya Kuala
Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram
9 Mata Mazlan ____________ kerana terkena air sabun sewaktu mandi.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
10 Jambatan yang _____________ itu akan
dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Sentosa berulang-alik ke bandar.
A luas
B sempit
C senang
D besar
INFORMASI KATA BANTU
Kata Bantu terbahagi kepada dua
kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek
Kata yang menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi masa.
Contoh:
Sudah berlaku - sudah, telah, pernah
Sedang berlaku - sedang, masih
Belum berlaku - belum, akan
Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
Sesetengah kata bantu aspek boleh
hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam
Kata yang menerangkan ragam yang
berkaitan dengan perbuatan
yang dilakukan seseorang.
Contoh:
Mesti melakukan - mesti, harus
Hendak melakukan - hendak, mahu
Berkeupayaan melakukan - boleh, dapat
Kata bantu aspek juga boleh hadir
secara berderetan dengan kata
bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau
mengikutinya.
Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
sedang hendak
masih belum
belum boleh
belum hendak
akan dapat
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
harus sudah
harus telah
mesti akan
mesti sudah
mesti telah
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA
BANTU
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
1 Faizal __________ tinggal serumah dengan Razak suatu
ketika dahulu.
A sudah
B sedang
C pernah
D masih
2 Puan Normah ___________ melawat
jirannya di hospital Sabak Bernam.
A dapat
B hendak
C boleh
D harus
3 Zulkifli __________ mandi ketika saya ke rumahnya.
A mesti
B harus
C mahu
D sedang
4 Pasukan
sekolah Samad ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
A harus
B akan
C telah
D mesti
5 Cikgu Fauziah ___________ ke Pulau
Langkawi pada hujung minggu hadapan.
A belum
B akan
C telah
D pernah
6 Puan Maria _______________ menjahit
baju sutera itu lagi.
A telah
B akan
C belum
D pernah
7 Rosmah _______ menyiapkan kerja
sekolahnya semalam.
A masih
B sudah
C pernah
D sedang
8 Mak Cik Siti _______ menghabiskan ubat
yang diberikan oleh doktor.
A sedang
B pernah
C masih
D mesti
9 Roslan, Khairul dan Taufiq________
menyertai pasukan bola sepak negara
setelah
menjalani beberapa sesi ujian.
A dapat
B mesti
C masih
D sedang
10 Walaupun menghadapi pelbagai halangan,
ibu _____ tetap bersabar.
A telah
B mahu
C masih
D hendak
INFORMASI KATA BANYAK MAKNA
Kata banyak makna bermaksud
perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.
Makna perkataan yang berbagai-bagai ini
dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.
Kata banyak makna terbahagi kepada tiga
bentuk:
1. kata dasar
Contoh: makan
a. Azhari makan nasi lemak.
(menunjukkan perbuatan makan)
b. Abu ialah seorang yang suka makan
kawan.
(mengambil kesempatan terhadap seseorang
kawan)
c. Ramlah bekerja makan gaji.
(bekerja dengan seseorang)
2. kata berimbuhan
Contoh: menjelaskan
a. Kami terpaksa menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
(menerangkan / menghuraikan dengan lebih
lanjut)
b. Pak Sudin telah menjelaskan
hutangnya.
(membayar / menyelesaikan sesuatu)
3. kata ganda
Contoh: diam-diam
a. Dalam diam-diam, dia keluar
dari rumah sewanya.
(secara senyap-senyap)
b. Murid diminta duduk diam-diam
ketika ketiadaan guru.
(tidak berbuat apa-apa / tidak berbuat
bising)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan
betul.
1
I
Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak
lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan
memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air
muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
2
I Beg
itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
II Usahlah
dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan
dalam kemalangan itu.
IV Soalan-soalan
dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II,III dan IV
3
I Bunga
tayar kereta itu melintang.
II Ailin
suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga
kepada gurunya.
IV Emak dikenakan bunga daripada wang pinjamannya.
A I dan IV
B III dan IV
C I, II, dan III
D I, III dan IV
4
I Akal
yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
II Mereka
sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan
diri daripada penjahat itu.
IV Kita
harus menggunakan akal yang waras apabila membuat
keputusan.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D II, III dan IV
5
I Tingginya sama paras dengan saya.
II Curahkan
bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.
III Paras
wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut
hati.
IV Hujan
lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu
meningkat.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV
6
I
Dia
laku dirinya seperti orang kaya.
II Seseorang
yang buruk laku akan dibenci orang.
III Nasi
lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.
IV Melihat laku anak yang malas itu, Pak Dolah telah hilang sabar.
A I dan II
B II, dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
7
I Pakaian
pengemis itu terlalu buruk.
II Ibu
membuang bunga mawar yang sudah buruk.
III Niat buruk
Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
IV Keadaan
menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV
8 I Malek
Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.
II Walaupun
Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.
III Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan
itu merebut bunga
telur.
IV Dengan
cepat dia merebut senjata itu daripada penjahat.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV
9
I
Wang simpanannya sesak di bank.
II LRT itu sesak dengan penumpang.
III Jalan raya sesak ketika musim
perayaan.
IV Datuk
diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
10
I Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.
II Beberapa pintu rumah kedai musnah dalam
kebakaran itu.
III Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.
IV Pintu
komputer tidak dapat dibuka kerana tiada kata laluan.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
KERJA RUMAH BAHASA MELAYU
Kepada semua murid Tahun 6 (2013), anda diminta menyiapkan tugasan-tugasan seperti berikut:
1. Salin 11 buah karangan daripada sebarang buku contoh karangan.
(Cadangan : sehari anda hanya perlu menyiapkan sebuah karangan
sahaja).
1.1
Autobiografi
(bebas)
1.2
Biografi
(bebas)
1.3
Dialog
atau wawancara (bebas)
1.4
Laporan
(bebas)
1.5
Surat
Kiriman Rasmi(bebas)
1.6
Surat
Kiriman Tidak Rasmi (bebas)
1.7
Ucapan
(bebas)
1.8
Syarahan
(bebas)
1.9
Berita
(bebas)
1.10
Diari/catatan
(bebas)
1.11
Cerita
(bebas)
2. Berdasarkan buku, majalah
atau surat khabar, catatkan 10 ayat daripada jenis-jenis ayat berikut:
2.1
Ayat
penyata.
2.2
Ayat
permintaan/kehendak.
2.3
Ayat
seruan.
2.4
Ayat
tanya.
3. Tulis 15
peribahasa/perumpamaan serta maksudnya.
4.
Tulis
20 simpulan bahasa serta maksudnya.
5.
Tulis
sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda semasa cuti.
6. Tulis sebuah karangan yang
bertajuk ‘Faedah-faedah Berjimat-cermat’.
7.
Anda bersama keluarga sedang
bersiar-siar di taman permainan. Tiba-tiba anda ternampak seekor anak kucing
yang mengiau-ngiau di dalam longkang.
Ceritakan tindakan-tindakan
yang anda lakukan.
Disediakan oleh; Disahkan oleh; Tandatangan
ibu/bapa
…………………… ……………………
………………………..
BAHAGIAN C | |||||||||
Ayat | |||||||||
Aminah menolong ibunya yang sedang menyediakan makan tengah hari untuk | |||||||||
keluarga mereka di dapur. | |||||||||
Nilai | : | rajin / bertanggungjawab | |||||||
Huraian | 1. | Kita hendaklah mempunyai sikap rajin seperti Aminah | |||||||
menolong ibunya yang menyediakan makan tengah hari | |||||||||
untuk keluarga mereka. | |||||||||
2 | Kita hendaklah rajin dengan menolong ibu menyediakan | ||||||||
makan tengah hari untuk keluarga. | |||||||||
3 | Sikap rajin perlulah dipupuk ke dalam diri seperti Aminah | ||||||||
menolong ibunya yang menyediakan makan tengah hari | |||||||||
untuk keluarga mereka. | |||||||||
4 | Sikap rajin perlulah dipupuk ke dalam diri dengan menolong | ||||||||
ibu menyediakan makank tengah hari untuk keluarga. | |||||||||
Ayat | |||||||||
Amin memulangkan lebihan wang yang tersilap diberi oleh penjual itu semasa dia | |||||||||
membeli beberapa buah buku. | |||||||||
Nilai | : | jujur / amanah | |||||||
Huraian | 1. | Kita haruslah bersikap jujur seperti Amin memulangkan lebihan | |||||||
wang yang tersilap diberi oleh penjual buku itu. | |||||||||
2 | Kita mestilah jujur dengan memulangkan lebihan wang yang | ||||||||
tersilap diberi oleh penjual buku itu. | |||||||||
3 | Sikap jujur mesti disemai ke dalam diri seperti Amin | ||||||||
memulangkan wang yang tersilap diberi oleh penjual buku itu. | |||||||||
4 | Sikap jujur mesti disemai ke dalam diri dengan memulangkan | ||||||||
wang yang tersilap diberi oleh penjual buku itu. | |||||||||
Ayat | |||||||||
Sang Merbuk menjatuhkan sehelai daun kepada Sang Semut yang terjatuh ke dalam | |||||||||
sungai itu. | |||||||||
Nilai | : | setiakawan / baik hati | |||||||
Huraian | 1. | ||||||||
2 | |||||||||
3 | |||||||||
4 | |||||||||
Ayat | |||||||||
Sahmi dapat mengetahui maklumat tentang negara luar melalui hobinya iaitu mengumpul | |||||||||
setem. | |||||||||
Nilai | : | ||||||||
Huraian | 1. | ||||||||
2 | |||||||||
3 | |||||||||
4 | |||||||||
No comments:
Post a Comment