RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN MAKRO PENGAJARAN
Tarikh/Hari : Jumaat
Masa : 8.30pagi
– 9.30 pagi
Kelas : Tahun
6 Adil
Bil. Pelajar : 30
orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Membina
Lima Ayat Berpandukan Bahan Grafik
Objektif
: Supaya pada akhir pelajaran, murid dapat:
1.
Membina 5 ayat berdasarkan arahan dan grafik.
2.
Menyatakan 5 kata kerja yang terdapat dalam gambar.
3.
Menyatakan 5 situasi yang terdapat dalam gambar.
4.
Menyatakan 5 daripada 9 nilai.
Pengetahuan
Sedia Ada :
1.
Murid biasa belajar membina ayat gramatis atau
memindahkan maklumat daripada bahan grafik.
2.
Murid pernah menghadiri atau mononton situasi majlis
hari ulang tahun.
3.
Murid pernah mengikuti aktiviti sukan tahunan
sekolah.
4.
Murid pernah berkelah bersama-sama keluarga.
5.
Murid pernah menonton Hari Ulang tahun Kemerdekaan
Malaysia di televisyen.
6.
Murid pernah berada di pondok menunggu bas.
7.
Murid pernah menyaksikan atau terlibat dalam majlis
Penyampaian Hadiah di sekolah.
Konsep :
1.
Ayat mengandungi subjek dan predikat.
2.
Ayat yang dibina adalah berdasarkan arahan sama ada
menggambarkan situasi atau
aktiviti.
3.
Nilai adalah perkara baik yang dilakukan oleh
seseorang yang boleh dijadikan iktibar
kepada orang lain.
4.
Kata kerja terbentuk daripada perbuatan.
5.
Situasi ialah keadaan / suasana
Bahan :
1.
Sekaki payung
2.
Powerpoint gambar menunjukkan ayat situasi dan
aktiviti serta contoh ayat.
3.
Lima keping gambar
3.1
Gambar tunggal situasi hari jadi
3.2
Gambar tunggal situasi sambutan Hari Kemerdekaan
3.3
Gambar tunggal aktiviti temasya sukan
3.4
Gambar tunggal aktiviti berkelah
3.5
Gambar bersiri aktiviti menunggu bas dan majlis hari
penyampaian hadiah
4.
Kertas undian mengikut warna ( ungu, hijau, kuning,
biru, kuning cair)
5.
Pen marker
6.
Magnet papan putih (‘tack it’)
Nilai :
1. Menjaga
kesihatan - bersukan
2. Erat hubungan silaturahim – aktiviti
bersukan
3. Bersyukur
– dipanjangkan usia menyambut hari ulang tahun kelahiran
4. Murah hati – memberi hadiah kepada kawan
5. Tekun
– membina istana pasir
6. Semangat
patriotik – menyambut hari kemerdekaan
7. menghargai
masa – membaca sambil menunggu bas
8. memberi
penghargaan –guru besar menyampaikan hadiah
9. sabar
– menunggu bas
Kemahiran :
Mendengar
dan Bertutur
4.1
Aras 3 (ii) Menghuraikan
idea yang meyakinkan dengan laras bahasa yang betul.
Membaca:
5.1
Aras 2 (i) Membaca
pelbagai jenis ayat dengan memberian penekanan pada intonasi
berdasarkan
tanda baca.
Menulis
8.1 Aras
2 (i) Membina ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung.
Langkah
/ Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Induksi Set / Permulaan
(5 minit)
|
Konsep binaan ayat iaitu mengandungi subjek dan predikat.
Ayat yang dibentuk mestilah gramatis dan lengkap
seperti penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh ayat situasi:
Dalam keadaan hujan yang lebat itu, Cikgu
Kamsiah pergi juga ke sekolah dengan memakai sekaki payung.
Contoh ayat aktiviti:
Cikgu Kamsiah memakai payung sambil berjalan
kaki menuju ke sekolah ketika hujan yang sangat lebat.
|
1. Guru masuk ke kelas dengan meminta murid
membayangkan hari hujan dengan
lebatnya.
2. Meminta seorang murid tampil ke hadapan
memakai sekaki payung.
3. Meminta murid membina dua potong ayat
iaitu satu ayat menggambarkan situasi dan satu ayat mengambarkan aktiviti.
Guru bersama-sama murid mengulas ayat yang
dibina dari segi konteks ayat.
|
Murid memahami penerangan dan arahanguru.
Murid memerhatikan perlakuan guru.
Murid membina ayat.
Murid bersama guru mengulas ayat yang dibina
bersama-sama.
|
Pengisian Kurikulum:
Ilmu: Sains
Nilai: Rajin
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
Konstruktivisme
(Elaborate – huraian & menjelaskan)
Teknik: Lakonan
BBM:
Sekaki payung
|
Langkah 1
Perkembangan
(10 minit)
Langkah 2
Penguku
han
(15 minit)
Langkah 3
Penilaian
(25 minit)
|
Membina lima ayat gramatis berdasarkan bahan
grafik dan arahan.
Pembentangan hasil tugasan
Ulasan dan penambahbaikan hasil tugasan
|
Guru menerangkan tajuk pelajaran.
Guru menerangkan tugasan yang perlu dibuat oleh murid iaitu:
1. Menamakan kumpulan
2. perbincangan dalam kumpulan dan membina 5
ayat gramatis.
3. Tempoh masa membina 5 ayat
ialah 15 minit.
4. Lantik seorang ketua untuk
pembentangan.
Guru memberi penerangan tentang perbezaan ayat menggambarkan situasi
atau aktiviti dengan menggunakan power
point.
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
Guru mengedarkan bahan grafik dan pen marker.
Guru mengarahkan murid memulakan tugasan.
Guru memastikan semua murid memberi kerjasama dalam kerja kumpulan.
Guru memberi galakan dan menjawab pertanyaan sekiranya ada.
Guru meminta ketua kumpulan 1 membentang hasil tugasan.
Guru mengulas dan menambahbaik setiap kesalahan selepas ketua
membentangkan hasil tugasan.
Proses yang sama diulangi hingga kumpulan 5.
Guru membuat pembetulan jika ada dan peneguhan jika perlu.
|
Murid mendengar penjelasan
guru.
Murid menerima bahan grafik
dan pen marker.
Murid memulakan tugasan
dalam kupulan masing-masing.
Kumpulan 1 – di kantin
Kumpulan 2 – di kantin
Kumpulan 3 – di pondok BM
Kumpulan 4 – di kelas
Kumpulan 5 – di kelas
Semua ahli dalam kumpulan
memberi kerjasama dan mmulakan tugasan
Ketua kumpulan membentang
hasil tugasan.
Murid membetulkan kesilapan
yang diulas oleh guru.
|
Ilmu:
Kesusasteraan
Nilai : Bekerjasama
Patuh
Tatabahasa:
Kata hubung
Teknik:
Kolaborasi, kreativiti, bakat dan potensi.
BBM :
Bahan grafik.
Pen marker
Ilmu:
Kajian Tempatan
Sains
BBM :
Bahan grafik
Pen marker
Kamus Pelajar/
Kamus Dewan
Teknik: Pembentangan hasil tugasan.
(5 minit setiap 1 kumpulan)
Bersoal-jawab
BBM:
Hasil tugasan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Nilai Murni:
(Seperti catatan di atas)
|
Guru bertanyakan murid apakah konsep ayat
dan rumusan pelajaran hari ini.
Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai
murni yang berkaitan dengan ayat yang dibina.
Guru memberi hadiah rangsangan kepada
kumpulan terbaik.
|
1. Murid merumus bahawa setiap ayat
mengandungi subjek dan predikat.
2. Murid merumus bahawa setiap ayat yang
dibina perlu disemak akan kesilapannya satu persatu.
Murid menyatakan nilai-nilai murni yang
berkaitan.
|
Teknik : Merums
|
No comments:
Post a Comment