SAJAK

INDAHNYA BAHASA KITA

Rasailah keindahan bahasa
pada kesempurnaannya
bahasa Melayu; bahasa kita
dianyam kata-kata
amat dalam pengertiannya.

Isi tersurat dalam ayat

susunan kata indah memikat
bahasa baik cermin masyarakat
bermadah kata bersalut amanat.

Itulah bahasa

bunga-bungaan indah terasa
kiasan tamsil dan ibarat
sedap terasa ke lubuk jiwa
bulat kata bangsa bermuafakat.

Syair pantun dan juga seloka

perumpamaan bidalan
pepatah orang tua-tua
indah madah gurindam dan sajak
bahasa berjiwa berdiri tegak
santun berbudi sopan dan segak.

Yang indah itu bahasa

pada akal rasa dan juga kata
yang baik itu budi
tersusun madah dalam makna
terpancar indah dari hati


SAJAK SUARA BAHASAKU

Dari buaian ibu melagukan bahasaku
penuh syahdu melunakkan tidurku
dengan seribu rindu.

Ibu terus mendendangkan irama bahasaku
tatkala mengajarku ilmu
menghadapi kehidupan baharu.

Di bangku sekolah
bahasaku tidak dialpakan
mendidik anak bangsa
membangunkan agama dan nusa.

Bahasaku semakin membara
di gedung ilmu terus berbiacara
menjadikan bahasaku bahasa bangga.

Di mana-mana sahaja
bahasaku terus bersuara
menyatukan pelbagai bangsa
dalam satu negara.

Suara bahasaku
pasti terus berkumandang
selagi hayat dikandung badan
kerana bahasaku warisan
zaman-berzaman





                 







5 comments: